Friday, February 27, 2015

Tuesday, February 24, 2015

Cuti. Balik Kedah. BBQ. Bowling.



Hiiiiii..

Lama kan tak mengarut dekat sini. banyak je entry dalam draft, tapi sebab tunggu nak upload gambar, maka tak post la sampai ke sudah. Zzzz....

Raya Cina baru ni aku cuti 5 hari. Heaven sungguh!
Nizam pulak cuti 3 hari je, So, kami balik Kedah pagi khamis sampai sabtu saja. (Nizam kerja malam sebelumnya tu)

So, aku start drive dulu dari sentosa. Suruh Nizam tidur2 rehat dulu. Taknak okeh...bantai makan la apa la.. -.-"


Sampai ke Simpang Pulai. Tukar driver.
Jalan tak payah cakap la, musim2 ni, memang jem la. (aku ok je jem2 ni..apedehal..haha..)

Nizam drive sampai la ke SP (Sungai Petani). Kitorang singgah Giant beli barang sikit dan lunch, then baru teruskan perjalanan ke Pantai Merdeka. Kat group whatsapp dah bising dah tanya bila nak sampai. hoho. Sebab family2 yang lain dah sampai. Settle check in resort semua dah.

Jalan ke Pantai Merdeka tu..perghhhhh sejam setengah baru sampai resort kau! Punyalah ramai orang, jem gila -.-"

Sampai2, letak beg semua. Btw, bilik asing ye, lelaki satu bilik, perempuan satu bilik. (Abang Shim dah suruh book bilik awal2, tapi Nizam pun tak sure kan cuti ke tak aritu..tu last min, semua dah full house, so, bersesak2 jelah 2 bilik ni. sobs)

(Sedih sebenarnya tak dapat tidur sebilik dengan Nizam. wahaha)



Serius tak perasan pun dia buat camni.. kojaq -.-"

Then, lepak tepi pantai dulu. Nizam nak lelap2 mata.
Rembat sikit aiskrim pasu budak2 ni beli, tak sedap weh!




Then, balik bilik, mandi apa semua dulu.
Pastu Kakak and Azam sampai. with their baby boy.
Awww.....aku serius fall in love with their baby. Comel sangat, dah la putih.

Lepak2 tepi khemah, tengok diorang bakar ayam,, kupas jagung.. etc2








Then, the worst part come. haha. Hujan turun rintik2. Knowing Abang Shim, terus dia suruh pindah semua ke depan chalet. Bawak la segala tempat bbq, periuk nasi, ayam etc2 semua. haha.
Sambung2 bakar, datang akak2 ipar aku, semua ajak pindah tepi pantai balik, sebab dah tak hujan.
Pindah la lagi.
Abang Shim aku taknak tau. haha. Dia stick duduk situ goreng2 fries segala.
Pindah balik tu, aku dah start makan nasi la dengan ayam bakar.
And suddenly, hujan lebat turun. wuwuwu

Tak sempat nak lari ni, masuk la khemah dengan Nizam, anak menakan(pregnant) with her 9 month old baby girl, Ain, and her little sister Amni.
Bayangkan aku sambung makan nasi dalam khemah yang bakal basah kejap lagi. Haha.
Tak boleh jadi ni, Nizam ajak redah hujan lari balik chalet.
The plan is, Nizam will carrying the 9month old baby, aku pulak dukung Amni.
Awal2 tu Amni taknak tau, dah nangis nak mak dia (her mom dekat khemah sebelah)
Tapi paksa2 jugak, baru nak aku dukung.

Maka, berlarilah terkedek2 dalam hujan. Sobs. Sampai chalet kuyup dah. Pakej selesema. -.-"
Nizam pun start selesema. (Sehati sejiwa sangat kan..haha)

Yada3...skip3..

Kitorang check out dan gerak balik SP esoknya. Tengah duk plan nak balik Gurun terus ke malam nanti je. Sebab diorang2 ni plan nak tengok wayang la..bowling la.

End up, kitorang main bowling ramai2 dekat Park Avenue malam tu. Tu pun lambat, sebab masuk waiting list. Biasalah cuti, orang ramai.
Tapi best la jugak main reramai camtu. Seronok gelak2 semua. Terus je Nizam plan lain kali nak buat tournament dengan family reramai.
Family Nizam kan besar, so bestlah. Anak2 menakan dia pun ramai dan mostly friendly. Seronok. Macam tiba2 aku ada this big family.. ;)












Habis pukul satu. Terus gerak balik. Aku lapar sebenarnya. Wuwu.
Keluar kereta je Jibek duk bagi bagi isyarat ajak makan dekat luar. haha
Opkos laju je aku nak.
So, gerak berempat, aku Nizam, Jibek dan Azam.
Pusing cari makan pukul 1 pagi. hihi.

Esok pagi tu lepas breakfast terus balik Gurun. Tapi kejap je la kan. Petang tu dah gerak balik Sentosa, sebab ahad Nizam kerja.
Aku sedih la jugak tengok muka MIL..sebab kitorang balik kejap sangat.. wuwu . tak sampai hati.

Singgah rumah mak menakan Nizam. Sembang2, gossip2 sikit. Then baru gerak.
Pukul 6pm baru masuk highway
Seperti biasa, pit stop wajib, Mee Udang Sungai Dua. hihi

Nizam drive sampai Simpang Pulai, aku sambung drive. Tu pun kena dipaksa baru nak bagi aku drive. Tak sampai hati tengok dia mengantuk teruk.
Aku drive, Nizam tidur dekat sebelah, (siap berdengkur lagi kauu)

This is the moment, first time aku drive dalam keadaan mengantuk gila2 punya. sampai ada la dua tiga kali aku terlelap dalam sesaat. Huhuhu

Sampai sentosa pukul 1 pagi. terus kemas barang, mandi and tidur.
Nizam bangun pi kerja tu, aku salam dia dari atas katil je, lepas tu terus tarik comforter tidur balik. haha.
Breakfast pun takde. ;p
Penat gilak kot.

Tengah hari tu, hantar Nisah ke ktm , dia nak balik Kuantan. Belanja diorang dekat TF.




Macam tu je, cuti 5 hari aku berakhir. haha
So, back to work!