Alhamdulillah , dah 9 minggu baby yang sekarang bersaiz ceri ini berada dalam perut aku.
Perut pun dah makin nampak buncit. Haha.
Hujung bulan lepas baru start loya2, muntah2, selera makan turun naik.
Banyak mc..masuk kerja half day, ulang alik ke klinik.
Kena refer hospital, masuk air.
Kena start check up every 2 weeks sebab Hb (hemoglobin/sel darah merah) yang rendah,
Kena ceramah free tentang pengambilan ubat dan makanan tinggi zat besi. (pfftt)
Life aku around 3 minggu ni memang miserable gila. Haha.
Ada hari yang muntah teruk sampai 7, 8 kali.
Ada hari yang muntah max 3 kali sahaja (normal),
Ada hari yang sepanjang pagi sebu..loya2..tapi tak muntah pun (yang ni memang alhamdulillah sangat2..)
Aku akan uwekk2 at almost everyting! Haha.
I cant even cook!.
Tengok ayam mentah uwekk2.. bau nasi tengah masak tu pun loya..
Paling worst, basuh pinggan pun aku duk uwek2..haha
(tekak aku loya je time menaip ni T_T)
Miserable la jugak sebab aku tak boleh masak, jarang2 kemas rumah, rumah sepah gila..dan banyak harapkan Nizam untuk basuh baju..cuci toilet, belikan makanan..masak kadang2,, tolong bancuh air pukul 5 pagi..sebab terjaga tidur je, aku kena minum supaya perut tak masuk angin dan akan menyebabkan aku muntah.
(Sekarang table sebelah katil aku wajib ada flask air panas, air suam, cawan dan sepeket tamar cocoa..)
Fuhhhhh. Mencabar kan.
Bila penat muntah2 ni mesti lepas tu akan cakap dekat Nizam,
"yang...anak sorang je la eaa..cukup eaaa"
HAHAHAH. memang tak dilayan. -.-"
To be honest memang la aku penat hadap semua ni..tapi bersyukur sangat dengan kehadiran baby ini. Tapi at the same time, risau Hb aku tak naik..nanti akan menjejaskan baby ni. Sobs. Please be strong ye baby.
Aku berharap lepas first trimester ni nanti simptom2 ni akan berkurang la ye. Pleaseeee...
Aku dah rindu nak masak nasi tomato, masak lemak cili padi..nasi lemak. Huhuhu
Kesian jugak dekat Nizam sebab banyak kena susahkan dia..huhu.
Sincerely,
Mom-to-be (InsyAllah)