Monday, July 25, 2016

Pengalaman Bersalin.


Over kan, nak buat entry pengalaman bersalin bagai, padahal Wardah dah nak masuk 9 bulan pun. hihi.

2hb Nov, Isnin

Macam biasa, 3pm pi check up dekat KK.
Unfortunately, bp (blood pressure) tinggi sangat. Nurse dah ambul 3, 4x bacaan lepas suruh aku berehat pun still tinggi.
Refer doctor. Doc suruh ambil satu ubat nak turunkan bp, rehat, baring2 setengah jam pastu check bp balik. But still tak turun banyak. 
So, doctor buat surat refer terus ke hospital. Aku pilih Selayang la.

Balik rumah, kemas2 bag sebab expect maybe kena admit terus.ni. Tunggu Nizam balik kerja, pastu terus gerak. 
singgah makan apa semula dulu, pukul 9pm jugak la sampai emergency wad bersalin tu.
Sampai2, memang nurse tu persoalkan jugak, kenapa klinik tak hantar aku guna ambulance semua *eh, emergency sangat ke ni*
Terus kena cek urine albumin, baby etc2.

But then, doctor dapat kesan murmur dekat jantung aku. (pls Google it yourself). So, cek jantung n planning for echo esok sebelum settle hal bp aku ni. 
Tapi memang dah expect la akan kena induce. *nanges*
3hb Nov, Selasa

Hantar pi buat echo test tengah hari tu, check2, 
Petang tu Doc datang bagitau, xde apa masalah besar. So,  akan start induce esok pagi.
Fuhhhhhh. *nervousnyaaaa*
4th Nov, Rabu

Pagi2 tu pukul 7am doc dah induce. Induce tu masuk ubat ikut bawah ye. Sakit tu tak la, cuma rasa tak selesa je. huhu
Lepas induce, sejam tak boleh bangun dari katil. Lepas tu terus pasang mesin ecg. Nak pantau jantung baby and contraction. 

Memang rasa la contraction, tapi mild je. Boleh tahan lagi. Tengah hari, petang n malam check bukaan, still 2cm. Pasrah betul aku. Dah la malam tu kena seluk dengan doc india lelaki , ko bayangkan la, tangan da la besaq ..seluk. Sakit gila hoiii. 
Terus aku emo2 malam tu..nanges bagai. Serius trauma! Pastu drama2 dengan Nizam nak balik semua. Haha
5th Nov, khamis. 
Doc specialist aku datang buat round check, n bising kenapa tak bagi second dose ubat semalam sebab bukaan aku still sama. Tapi, dia check pagi tu, bukaan dah 3cm. So, terus decide nak hantar aku ke labour room. Fuhh...nervous dah ni. But..unfortunately, labour room penuh, ade orang dah bukak 5cm pun still takleh masuk lagi. So, memang seharian aku tak buat apa la. Tunggu jeee. Contraction pun dah makin kurang dan tak sakit sangat. 
Wuwuwu
6th Nov, Jumaat 

Pagi tu doctor datang buat round check, tanya aku camne semua, cek bukaan. Still 3cm n no contraction. Doc tu terus nak booking labour room semua la. Sebab aku dah lama sangat menunggu kot. Pagi tu, mandi pun belum ni, tetibe nurse datang, suruh aku get ready nak bawak pi labour room. 

Aku cakap la nak mandi dulu. Last aku mandi pagi semalam kot. Haha. Pastu nurse bising sikit la, siap bagi aku masa 5min ja. Pastu cakap takut bilik dah booking tu nanti orang lain amik. 
Ni rasa nak membebel ni. Aku tunggu seharian kot semalam ko tak pikir pulak

Mandi. Siap2. Whatsapp bagitau Nizam nak masuk labour room dah (terus dia menggelabah bersiap datang.. Haha. Padahal tengah basuh baju, dia off mesin basuh terus tinggalkan) Makan kurma .

Then, nurse datang bawak wheelchair terus sorong aku ke labour room . Nervous ni
Check in masuk bilik semua. Tunggu doctor review .

Then, doctor , nurse explain semua. Akan masukkan ubat drip untuk bagi contraction kuat. Then, nurse terus tanya nak ubat tahan sakit tak. First, yang jenis cucuk dekat bontot..second, epidural. 

N u know... Sakit camne pun aku memang elak la untuk amik epidural. InsyAllah. Aku cakap la taknak epidural, tapi yg first one tu mungkin nak. Tapi nak tengok aku boleh tahan tak contraction tu. Huhu

Alhamdulillah yg aku suka hospital selayang ni, husband boleh teman isteri dalam labour room. 
Kecuali bila dia nak bagi ubat ke ade issue ape ke, husband akan disuruh.keluar kejap la. Nanti dia akan panggil masuk balik. 
(the main reason aku pilih hospital selayang untuk bersalin 😁)
Nizam dah datang, temankan aku. Dok sebelah. Bila sakit contraction mai je, aku genggam tangan dia kuat2..huhu. Bila contraction tu dah makin intense...perghhhh dia tangkap dekat pinggang, perut..bawah perut...satu badan la sakit Aku memang dah tak larat gila. Tak bukak mata. Pejam ja sambil layan contraction yang makin kerap tu. Genggam tangan Nizam pun dah tak larat. 
Pastu decide nak ubat tahan sakit jugak. Cucuk la dekat bontot (around 2pm kotPastu terus rasa mengantuk. Aku tidur sampai around 4pm kot.
Bila bangun tu, rasa la balik contraction yang semakin kuat tu. Tahan...tahan...Bp aku makin naik la. Doctor semua dah risau. Aku siap muntah kot. Yela. Dari pagi tak makan ape..dapat minum air kosong je. (dengan kurma yang Nizam curik2 bawak masuk LB untuk bagi aku makan..hahaha)
Makin la doctor risau semua. Pastu aku siap nak mintak ubat tahan sakit lagi. Sebab tak tahan sangat2 dah. tapi tak boleh sebab tak lebihb 6jam lagi. Doc takut baby aku tido nanti kan. then..they decided to do the operation, since bp aku makin naik, 180 ke 190 ntah. Dalam kesakitan tu, aku memang pasrah je la klu kena operate pun. Sebab dah sakit dan letih sangat2. 
Aku siap buat muka kesian mintak air kot dekat nurse sebab dahaga gila. Tapi tak boleh, nak operate kan, kena puasa. Sakit2 tu..Tetiba aku rasa macam nak berak. Haha. Tapi macam malu nak cakap. 

4pm

Doctor datang nak tengok bukaan. Nizam kena keluar. 
Pastu aku cakap la dekat nurse.. 

"Saya rasa nak berak."
"Takpe2..doctor tengok bukaan dulu."
Doctor tengok2, terus cakap
"dah boleh push dah ni baby dah nak keluar"

Pastu semua menggelabah get ready nak sambut baby, panggil Nizam masuk balik.
Blur la aku... Last time check, baru bukak 4cm kot. Tu cek tengah hari kot (maafkan ingatkan aku..haha)
Tetibe dah boleh suruh push. 
Bayangkan.. Haha 
So, ready la nak push. Dengan kata2 semangat nurse, doctors semua.
"bila awak rasa contraction tu..rasa nak berak push aje"
"good2...lagi2...push panjang2"

"kepala baby dah keluar...push lagi"


Aku memang push je la sekuat tenaga (sisa2 tenaga yg tinggal)

Doctor siap dah gunting bagai dah nak bantu bagi baby keluar 

Dan...akhirnya, keluarlah baby 
Baby keluar je, nurse tunjuk dekat aku n tanya baby ape.. 
Baby girl *terharuuu*
Memang habis hilang la semua sakit contraction tu bila tengok baby 🙆🙆🙆
Sambil doctor keluarkan uri..nurse buh baby dekat dada aku untuk buat skin to skin contact dengan baby ☺☺☺
Siap keluarkan uri, nurse ambil baby untuk bawa pi mandi. And...here come another tough part. Doctor ready untuk jahit semua luka balik. Perghhhh... Walaupun bagi bius dulu..tetaplah rasa sakit wehhhh. Macam dijahit hidup2 *traumaa*
Since ni baby first, lagilah banyak yang nak kena dijahit. Kesian baby tunggu lama untuk menyusu. Wuwu. Siap jahit, nurse bagi Nizam masuk, iqamatkan baby n bagi aku susukan baby. Masing2 terkial2 kot . Haha
Nizam terkial2 nak pegang baby for the first time.
Aku terkial2 nak susukan baby dengan position baring for the first time. Struggle sungguh.
Siap semua. Doctor check balik..n rupa2nya ade bleeding lagi, ada satu part tu kena jahit lagi. Perghhhhhh.
Ko bayangkan.. Kena jahit hidup2 lagi. 
Sabar je la.
Siap2 semua, nurse ward datang ambil aku balik ke ward. Dah pukul 7 lebih jugak la time tu. Nizam siap belikan milo n biskut untuk aku makan nanti..then dia balik. And..I was alone that night and need to survive with this little baby. Huhu Struggle jugak la..nak susukan dia apa semua. Huhu.
Begitulah cerita pengalaman aku bersalin. Fuhh. Masa lepas 3, 4 bulan bersalin tu, masih rasa ngeri dan trauma jugak la. Huhu. Lagi2 dekat kesan jahitan tu. Sekarang dah ok. :)
Kalau tanya nak anak lagi tak, of courseeeee mau. haha. Tapi tunggu la Wardah besar sikit, baru planning for the second baby. Harapnya baby boy :)
Not to forget, aku terharu sangat2 la dekat Husband, sebab dari hari isnin malam aku admit sampai la jumaat baru bersalin, sabtu petang baru discharge tu, Nizam memang EL terus seminggu. Hari2 datang melawat aku, bawak makan n minuman yang aku request, temankan aku dalam LB, dan yang penting tak takut nak ade sebelah masa aku dok push2 tu. ahha. Walaupun dia sangat la blur dan tergamam sangat masa situasi tu. -.-"