Saturday, July 1, 2017

Pengalaman Bersalin 2.0


Pengalaman bersalinkan adik Wardah. Simpan buat kenangan 😊😊

Due kan supposed to be 2nd July 17. Tapi memang dok menunggu je bila la nak bersalin.

Siap yakin ni akan bersalin masa cuti raya, so takdelah apply cuti raya pun. Sekali kauu..tak keluar2 jugak babynya...

Maka, terpaksa rela la masuk kerja hari khamis, 29th June tu.

😐😐😐
30th June 2017

Macam biasa la tido malam tu bape kali aku ulang alik pi toilet.

Pukul 140am tu, balik dari toilet, rasa perut sakit macam pelik sikit. Eh, macam sakit contraction je ni..tapi very mild la.

So, tido je la balik.

Pukul 4am terjaga lagi..eh, makin sakit je rasa. Terus on hp, download apps Contration Timer.

Kira jarak contraction tu...beza bawah 10min. 😨😨😨

Terus kejutkan Nizam dekat sebelah. Mamat ni blur2 la pulak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Terus suruh dia siap, mandi, jom la pi hospital.
430am.

Terus bersiap, mandi, kemas2 sikit. Wardah pulak terjaga dah dengar kitorang bising2.

Terus slow2 explain dekat dia, adik dah nak keluar, Ummi, Abi nak pergi hospital, Wardah duduk rumah Opah eh.. Sibbaik dia behave, angguk paham.πŸ‘

Pastu call abah nak bagitau. Off hp la plak. Call Emak, nasib baik dapat. Bagitau dah sakit nak bersalin, nak hantar Wardah satgi. 

Pastu sesiap, bawak barang semua. Terus gerak pi rumah Abah. Abah dah standby tunggu depan pagar rumah kot πŸ˜‚πŸ˜…
Terus bagi Wardah, salam2 dengan Mak Abah sebelum gerak ke Hospital Selayang.

5pm.

Sampai hospital terus ke wad bersalin bawak ic dengan buku pink n bagitau dah start rasa contraction, tapi takde turun tanda apa2.

Terus nurse suruh tukar kain, kencing n tunggu nak buat ctg. (aku memang dah sesiap datang pakai kain batik pun..dah ade pengalaman kan..hehe)

Kencing, pastu pi baring pasang ctg. Then doc datang check bukaan (VE) ..adudu..benda paling aku takutkan. Haha
Check2 dah 3cm..terus doc cakap masuk wad.

Okee...memang expect pun kan.

Tunggu daftar masuk ward..then Nizam pi ambil beg semua. Ok, settle check in. 

Nizam dok confuse nak balik ke tunggu..takut dah nak beranak, pastu malas gak dia nak ulang alik kan.

So dia pi lepak dekat Tesco rawang je. Haha. Jalan takde tujuan, siap beli powerbank sebab bateri hp dah nak habis πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’

9am.

Doc datang review..check bukaan, still 3cm. So advise suruh banyakkan berjalan n akan check balik lepas 4 jam.
Maka, gigihlah aku pi ulang alik jalan dekat koridor ward tu..ulang alik, pastu pusing2 dalam bilik rehat dekat depan ward.

Agak2 dah penat, balik katil tido. 😴

12pm

Nurse datang, pasang mesin ctg. 

1pm

Doc datang check bukaan. Katanya dah 4cm..ok, dia akan book labour room.

Semangat dah la aku ni..konon tak sabar nak bersalin. Haha

230pm.

Doc yg check bukaan 3cm tadi datang, dia check2 katanya still 3cm ni..rahim pun tak lembut lagi..again suruh banyakkan jalan n akan review lagi 4jam.
Hekelehhh..sorang cakap lain..sorang cakap lain. Terus moral down tau. Haha

So, pergilah jenjalan lagi..

Contraction masih rasa la..bawah 10min sekali. Mild je la.

Dah penat, balik katil, tido lagi. Tunggu Nizam datang masa melawat pukul 430pm tu.

Masa ni, dah rasa makin sakit dah bila contraction tu.

Doc check bukaan, dah 4cm..tapi LR penuh, kena tengok dulu camne.

So gigih lagi pi jalan2 dengan Nizam temankan. Tapi 1 round je sebab aku rasa makin sakit plak bila contraction tu mai..
Baring, layan contraction yg setiap 3min sekali tu. Bapak gilaaaa punya sakit wehh

Sapa kata induce punya contraction lagi sakit dari normal contraction. Sama je wehhhh...gila punya sakit.

Nafas slow2 layan contraction. Sebelah tangan nizam genggam, sebelah lagi ramas selimut kot. Sebab sakit gila tak tertahan.

Cakap dengan Nizam..suh bgtau nurse aku dah sakit gila..nak ubat tahan sakit yg cucuk dekat pungkoq tu..
Nurse datang, terangkan pasal painkiller tu..yang akan buatkan kita mengantuk..tak semestinya sakit awak tu akan hilang..yada3..

Nurseee..saya ni dah separuh mati tahan sakit ni..ye saya tau. Saya pernah dah amik ubat ni dulu. *emo*

Pastu doc datang nak check bukaan dulu sebelum nak bagi ubat.
Ha...amik kauuu...dah 7cm rupanya. Patut la sakit gila!

Terus sorong aku dengan katil2 sekali lelaju bawak pi labour room.

Sakit gilaaaaa bila contraction mai..dah la makin kerap dah ni.
Check in labour room je..contraction datang kali ke 2 je..terus aku rasa macam nak berak.

Terus cakap dekat nurse..saya rasa nak berak sangat dah nii...

Nurse terus datang tengok...pecahkan air ketuban, terus suruh teran.

Dah dapat arahan, memang terus la aku teran kekuat sebab dah tak tahan sangat2 dah wehhh

Teran3...poppp..terus keluar baby.
Tanya Nizam baby apa, lelaju Nizam intai, terus dia dengan happynya cakap baby boy πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Nurse bawak depan mata suruh aku confirmkan gender, dah la tak pakai spek, so nurse bawak bebetul depan mata aku suruh tengok .

Aku nampak telur baby je..terus cakap boy. Hahaha

Then bagi baby dekat dada aku nak buat skin to skin sambil nurse jahit.

Ok..another part yg ngeri.
Kan pecah air ketuban terus aku teran keluar baby memang tak sempat nak gunting apa semua.

Pastu anak second kan..biasa tak gunting n doc expect 2.6-2.8 kg jek.
Rupa2nya, baby berat 3.69kg kauuuuu.
So, dengan baby seberat 3.69kg..tak gunting, memang koyak teruk gak la kann.. Huuuuu. Aku tanya nurse, dia cakap 3 lapis jugak la kena jahit 
πŸ˜£πŸ˜©πŸ˜±πŸ˜­πŸ˜“
Jahit dalam..ok, ade bius. Part jahit yang luar tu, masyAllah sakit gilaaaa wehhh sebab jahit hidup2. Memang rasa la bila dia masukkan jarum dalam kulit, bila dia tarik benang tu. Menjerit2 sikit gak la aku kan πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯
Settle jahit, nurse bagi ruang untuk susukan baby sambil baring mengiring.
Konon aku yakin gila ni, sebab dah ade pengalaman. Sekali kau, baby kali ni tak pandai latch macam Wardah dulu. Wardah dulu, ko sua je puting, memang auto terus pandai hisap. Tapi Adik dia ni...take time betul..pastu tak reti latch. πŸ˜‚πŸ˜‚ Nurse pun cakap la, tiap anak ni tak sama...ade beza2nya..haha. Barulah aku menyedari hakikat itu. πŸ˜›πŸ˜›
Siap susu baby...tunggu Doc datang review pukul 9pm.
915pm.
Doc datang review..tengok jahitan..perut apa semua. Pastu settle, menunggu lagi sebab aku dok dengar kecoh orang bilik sebelah tengah struggle nak teran bersalin πŸ˜‚πŸ˜‚ Siap kena bebel2 dengan nurse sebab dok menjerit2 time sakit tu. Kan membazir tenaga. Pastu dok angkat pungkoq masa teran. Huhu
Dekat pukul 11pm jugak la baru aku settle dibawak balik ke wad dengan wheelchair. Huhu. Set up apa semua..Nizam tolong aku tukar baju, pad apa semua. Nijam ko tau la sure akan bebel sebab aku jalan laju n langkah besar2 padahal baru lepas bersalin. Haha. Yela pokcik...cukup slow dah aku rasa ni.
First night dengan baby, memang struggle n aku rasa susah sikit bandingkan dengan Wardah. (nak jugak tu compare dengan masa bersalinkan Wardah πŸ˜‚)
Adik Wardah,
πŸ‘ΆTak pandai latch untuk menyusu. Kena take time n betul2 dorong puting masuk mulut dia. Kena sabar banyak.. πŸ˜‚
πŸ‘ΆCepat terganggu dengan bunyi2, bunyi trolley nurse tu pun dia terganggu sampai kerut2 dahi. Haha. Memang tak nyenyak la dia tidur 
πŸ‘Ά takmau tido dalam tempat baby tu. Huu. Dah la memang payah kalau nak ambil dia keluar dari tempat tu. End up aku bagi dia tido sebelah aku. Sibbaik nurse tak bebel, sebab dorang tak bagi baby tido atas katil ibu, takut baby jatuh. Huhu
5am.
Baby dah berak n kencing. Yeayy..kompem boleh balik arini jugak. Hehe. Takmo aku berlama2 dalam wad ni.
Pagi tu doc pediatric datang check baby. ✅
Doc datang check aku. ✅
Ok..boleh balik arini jugak.
Nizam datang waktu melawat tengah hari tu..then zazz2 bayar bil hospital, settlekan doc nak balik semua n marilah kita pulang ke rumah Opah. 
πŸš—πŸš—πŸš—

Thursday, April 6, 2017

~ Mak Buyong

Morning.

pagi ni tiba2 terasa nak update blog yang dah bersawang ni. huhu.
Update Dayre kemain rajin, hampir hari2, kesian blog ni dah terbiar. -.-"

3 hari lagi kandungan nak masuk 7 bulan. Ya tuhan, cepatnya rasa masa berlalu. Macam baru je hari tu cuak2 sebab tetibe 'terpregnant' . haha

Alhamdulillah, pregnancy kali ni memang sangat dipermudahkan olehNya.
Morning sickness takde, muntah2 pun jarang, mc pun sangat la jarang.
Alhamdulillah, boleh menjalani hari2 macam biasa.
Walaupun penat tu tetap ada, tapi gagahkan diri demi mancari sesuap nasi. gittew.

Alhamdulillah, ada husband yang ringan tulang dan rajin membantu. Walaupun kadang2 nak kena disuruh, haha. Tapi biasalah, lelaki kan. Kadang2 dia taktau kita perlukan pertolongan.

Gender baby?
Masih tak tahu lagi, tengoklah scan masa check up 7 bulan nanti. Kalau Doc baik hati nanti dia checkkkan la gender macam masa Wardah dulu. Kalau tak, let it be a surprise la. :)
Tapi, instinct aku kuat mengatakan baby boy, sebab bayak beza dengan masa Wardah. Tapi tak nak la berharap sangat. huhu.

Kalau boy, 'tutup kilang' la eh lepas ni. Hehe


Tuesday, October 25, 2016

11 Months to 12 Months

Heya.

Life adalah sangat busy bulan ni. Hectic!
Dengan Audit berlambak2 (FSSC, HACCP, SIRIM) belum customer audit lagi next month. *pengsannn*

Lupakan pasal hal kerja yang entah bila akan berakhir tu.
About Wardah Sofiya...

Well, few days sebelum beliau masuk 11 bulan, Wardah dah pandai berjalan.
Yeayyyy...bravo Adah. Ummi was so proud of you. :)

Mula2 boleh jalan 3, 4 tapak je, lepas tu jatuh. Hari2 pastu train dia suruh datang dekat kita, kadang2 kena umpan dia dengan makanan (hahaha).. lepas seminggu, she can finally walk on her on. *happy mommy detected*

Biasa la , mula2 tak berapa stabil...lama2 sekarang dah laju dah. Takde dah dia nak merangkak sekarang. Laju je bangun jalan, jatuh, bangun, jalan, jatuh. Repeat hari2. (haha)
Yang aku rasa amat kagum, Wardah jenis tak putus asa, takdelah dah jatuh takmo jalan lagi. Lagi laju dia jalan adelah.


  • Merata dah dia berjalan dalam rumah tu. Pandai pulak tu, bila nak masuk dapur, lantai rendah sikit nanti dia akan pegang dinding and slowly turun. haha. 



  • Tantrum pun dah banyak sekarang. kalau tak dapat apa dia nak, nanti sembam muka dekat lantai...pastu melalak. Kena banyak sabar la kan. :) Pastu fav dia, buat muka asam kecut (cringe) sampai mata sepet habis kalau aku cakap takmo atau haip2kan dia. -.-" 



  • Aku pergi kerja pun buat tak layan, babai sikit terus sambung main, tau Ummi dia nak pergi kerja. Suruh salam pun taknak, laju je lari -.-"  Tapiii, masa ambil dia petang tu, dia akan melekat dekat kaki mintak dukung tau Ummi nak bawak dia balik. Nanti Atuk konon2 nak ambil pun dia taknak. (hahaha)



  • Pandai dah kalau kita tanya.                                                                                                                           Atuk mana? Opah mana? Abi mana? Bebear mana? Burung mana?

Dia akan tunjuk. Kalau takde depan mata dia buat sign tangan pusing2 maksudnya takde. (hahaha)
Kadang2 merajuk dengan Abi dia sebab kuat sangat menyakat dia, Ummi tanya Mana Abi laju je takde, padahal Abi sebelah dia je. (hahaha)


  • Pandai dah babai kalau kita suruh. Makcik jual nasi lemak, akak KFC pun semangat dia babai. (hahaha)

  • Pandai dah ambilkan barang kalau suruh. Suka buli Wardah ambilkan mainan dia la, apa la, kalau suruh bagi dekat orang lain pun pandai. Wardah memang suka bagi2 barang dekat orang, even kutip sampah dekat lantai pun nanti bagi aku. (haha). Tapi kalau orang taknak ambil barang dia bagi, dia geram n campak barang tu. (hahaha)

  • Perkataan yang Wardah dah pandai sebut? 
  1. Nak (kalau kita tanya nak makan tak..nanti dia jawab nak sambil angguk..comel sangat)
  2. Dah (habis minum susu, nanti cakap dah, sambil bagi botol susu kosong dekat kita)
  3. Mama..Abu (ini keluar dari mulut dia kalau nanges mintak kesian dengan orang n time dia membebel je..ime ni baru ingat Ummi kannnn...panggil Ummi tak pandai lagi)


12 hari lagi Wardah nak masuk setahun dah. How time flies. Rasa kejap je...i still miss Wardah version tembam dulu. :)



Nah belanja gambar Wardah dekat Setia City Mall last 2 weeks. Kemain excited main soap bubble, tapi geli dengan rumput. haha


Regards,

UmmiWardah

Tuesday, September 20, 2016

LiFe


Assalamualaikum.

Life sekarang revolve around family, anak, husband, kerja. How time flies huh?, Rindu zaman study dekat UTM dulu. Habis kelas je berkejar singgah cafe, beli makanan, terus balik kolej. Habis makan je tido sampai petang. haha. Heaven betul kan.

Life at the age of 26 ni sangat2 la berbeza dari dulu. Ada tanggungjawab sebagai seorang pekerja, isteri ibu dan anak.

Bangun pagi buat breakfast (kalau rajin), siap2 pergi kerja, siapkan anak, hantar anak ke rumah emak di taman sebelah sebelum pergi kerja .

Ada hari mood anak baik, dia akan melambai kegembiraan masa aku bergerak pergi kerja. Ada hari mood dia tak baik, dia akan nanges merengek mintak didukung dengan muka kesian. Terpaksa cekalkan hati melangkah juga pergi kerja. Sobs.

Balik kerja singgah ambil anak. The best moment bila anak nampak kau melangkah dari pagar rumah dia dah datang merangkak ke depan pintu dengan kegembiraan tengok muka aku. Ya Tuhan, rasa bahagia sangat. ;)

Balik rumah, masak untuk dinner. Tak pun keluar pergi pasar malam dengan husband.
Then baru la dapat mandi, solat dan dinner.
Rehat2, buat kerja rumah sikit, usha2 social media sikit, kalau rajin bukak laptop dan layan Running Man sikit. 1020pm dah sesiap masuk tidur.

Rotatelah rutin ini untuk seminggu.

Weekend , tengoklah kalau rajin berjalan la ke mana2, pergi shopping barang dapur. kalau malas, melepek la kitorang dekat rumah. layan anak golek2.

The key to this routine is a supportive husband and a very helpful parents.

Husband adalah sangat baik. kalau cakap penat sangat kerja arini, kompem beliau akan cakap takyah masak, jom makan luar je. hehe. Kalau masak, nanti dia akan tolong jagakan anak. takpun tolong prep bahan untuk masak sebab dia balik awal sikit daripada aku, kalau aku penat nanti aku yg jaga anak dan dia masak. Tapi kadang2 kena disuruh la baru gerak buat kerja. haha. Tak pun kerja dia buat tak mencapai piawai QC aku (lipat baju, basuh pinggan, kemas rumah) hahaha. Tapi end up aku pasrah je la kalau dia lipat baju style dia malas dah nak tegur..asalkan dia ringan tulang nak tolong kan.

Emak abah juga sangat baik nak jagakan Wardah. huhu. Memang plan dulu konon2 nak hantar pengasuh, tapi mak cakap nak jaga. Masa dalam pantang pun, Abah cakap, biarlah mak n abah yg jaga. Abah boleh tengok2kan Wardah bila mak masak, solat mandi semua. Wardah dah makin ligat ni, aku pun rasa amatlah bersalah susahkan mereka, siap cakap dekat mak dah, kalau mak tak larat kita hantar dekat pengasuh tau. Tapi tau la, cucu kan, penyeri rumah tu, kalau tidak sunyilah semua anak takde. :)

At this moment, aku tidak berharap banyak, sebab Alhamdulillah aku rasa cukup bersyukur dah dapat husband yang baik, Mak abah, parents in law, yang baik2, kerja yang emmm bolehlah baik (haha).

Harapan sekarang hanyalah dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus berbakti kepada Mak Abah, dapat bonus dan increment masyukk (haha), rumahtangga bahagia aman damai, dapat besarkan Wardah Sofiya dengan sempurna, dapat beri dia adik in the future (hahaha). InsyAllah...Aminnn..


Regards,

UmmiWardah

Tuesday, September 6, 2016

10 Months.

Salam.

Hari ini Wardah Sofiya dah genap 10 bulan. :)
how time flies. Rasa macam baru je sakit bersalinkan Wardah. Huhuhu

Sekarang dia dah pandai merangkak, duduk, panjat2 sofa (siap buat stunt campak2 badan lagi atas sofa...sakit jantung aku tengok tau..), berdiri tanpa sokongan ade la few sec sebelum takut dan terduduk balik. haha. Marilah berdoa supaya Wardah boleh jalan sebelum masuk setahun. Hehe. Sebab hujung tahun ni ada Family Day dekat Pantai Merdeka, syok la nak huhahuha kalau Wardah dah boleh jalan kan. :)

Semalam bawak Wardah check up di klinik. Bila Nurse tanya anak dah pandai apa, aku jadi blur...ape eh?

Pandai mengamuk kalau kena tinggal, siap protes baringkan diri dekat lantai.
Pandai pegang botol susu sendiri. Bila susu habis je terus campak botol tu. Haha
Pandai luah2 makanan sekarang. Huwaaa (she used to loveee food..sekarang kurang..sobs)
Suka tengok burung, soap bubble, belon. Siap pakej gelak2 kegembiraan okeh. Tak pun teruja siap mulut bentuk O (video di Instagram)
Ligat dia ya ampunnnn...sampai dah 3 x gusi berdarah sebab tersengguk dengan gigi. Sakit jantung Ummi Abi dia tengok. Huhu
Membebel kuat...kalau kita membebel dekat dia pandai tauu..menjawab, dia bebel balik okeh.
Ganaz... muka aku berapa kali ntah kena sepak2 dengan dia. haha. Badan aku jadi bahan tempat panjat2 Wardah memang hari2 la.
Pandai bagi mainan dia kalau kita hulur tangan cakap nak. Dia akan letak atas tapak tangan kita. Ya Allah rasa sweet sangat bila Wardah buat camni.

Eh, kalau nak bercerita pasal Wardah sekarang memang tak cukup 1 entry. Tu pasal aku rajin, hampir hari2 up cerita dekat Dayre. Nanti esok lusa boleh baca balik. :)
(Eh, kalau menyampah aku selalu up gambar anak dekat social media aku seperti  facebook, instagram, twitter semua silalah unfollow dan unfriends ok. )

So, happy 10 months anak manja Ummi!!
Ummi Abi love u sooooo much.

(Wardah nak adik ke?..haha. Tunggu awak besar sikit ea, Ummi bagi adik. Tunggu Ummi bersedia mental, fizikal dan kewangan dulu..hihi)



Regards,

UmmiWardah