Hari terakhir untuk tahun 2014.
Hari terakhir berkerja sebelum cuti panjang(lah sangat..hihi).
Ambil cuti untuk jumaat dan isnin. Balik kampung kedah.
Actually, aku je lah yang ambil cuti, Nizam memang sah2 cuti. (kenapa ketidakadilan ini berlaku..sobs) haha
Bercakap pasal azam baru ni (klise sangat kan),
1) Nak dapat anak.
Hihihi (gelak gedik). Aku rasa dah cukup bersedia dah untuk menimang cahaya mata ni. Yakin2. Next month nak pindah rumah, (tu payah sikit) sebab tak confirm tarikh, tuan rumah tak sambung api air lagi. Settle je, pindah la kitorang. Senang sikit kot. Rumah bawah kan. Ce kalu aku pregnant, takdelah tak larat nak bawak perut khennnn...haha
2) Nak jadi isteri yang baik
Aku kena banyak belajar lagi. Lebih2 lagi belajar bersabar. haha. Kena kurangkan membebel, meroyan segala apa semua. Thank God, Nizam adalah manusia yang penyabar, Ce bayangkan kalau dua2 api, mau terbakar rumah
Aku sikit2 nanti membebel. Nizam dia seboleh2 takkan buat apa kerja, sebab takut apa dia buat tu salah (salah di mata aku yang cerewet ni la). Nanti aku membebel. haha. Aku kena bagitau dia apa nak buat, nanti dia buatlah. Tapi kalau bab tolong basuh pinggan mangkuk, takyah disuruh la kan. Kalau aku tak sihat rajin je dia tolong. hihi
3) Nak dapat kerja baru.
Oklah, ni azam dari tahun lepas rasanya. Masih tak terlaksana. Sighhh. Bukan tak suka kerja dekat sini, timing, gaji, bonus, semua dah ok. Tapi workload, safety,management ni tak berapa nak berkenan la. Tu stress memanjang tu. Huhu.
Tapi tahun ni memang stress la, kau bayangkanla , aku sorang nak handle segala semua test. Tu tak termasuk test untuk kilang depan. Kemain, aku request nak assistant, tak dapat assistant pun, ambil la qc untuk kilang depan tu. Manalah cukup tangan nak handle semua. Lagi2 pasal nak dapat SIRIM tu. huh.
Selagi tak dapat kerja baru, memang bertahan di sinilah. Banyak tanggungjawab, so, tak boleh la nak bla macam tu saja. huhu.
4) Nak masak selalu untuk Nizam.
Since sakit haritu, aku masak memang ke laut la. On off, on off. Ni semalam aku demam balik. Tapi tak teruk sangat la. So, tak masak semalam dengan pagi tadi. Eh, tak teruk tu, tido awal jugak la malam tadi masing2. Transfer sikit panas badan aku, bagi dekat Nizam..haha (ok...tak kelakar)
Nak belajar masak menu2 baru. Nak start baking2. Ni kalau dah ada ovenlah kannn. Nak kena beli mixer lagi. Nizam duk suruh tunggu, nanti dia boleh dapat oven, hadiah 10 tahun berkerja nanti. Gila bertahan kauuu kerja tempat sama 10 tahun. haha
Cukup la kot azam tahun baru ni kan.
Till then~~
- Nah, picture latest Chirah dan mak udanya sabtu haritu. Kemain happy orang bawak pi kenduri kahwin. Gagal la aku nak jaga dia and bagi makan nasi. haha. Time beratur nak ambil makanan ok lagi, sampai hujung meja buffet, dia nampak buah tembikai je, terus ligat nak capai. Huuuuuu.... Then, makan pisang pulak. -.-"
Ligat pulak nak turun dari dukungan aku masa tengah makan. Kasut dia pulak takde, tinggal dekat rumah Nek Ma dia.
Malam tu pergi JJ terus aku belikan kasut baru. Kemain mahal oii kasut budak. Aku pun pakai kasut RM10 je kot. Sobs.
(eh, pipi aku cengkung kan..hukhuk)

No comments:
Post a Comment