Monday, December 29, 2014
Last week....
Huhu.
Last week sangat serabut aku rasa. ;(
Start dengan Nizam demam ahad, lepas tu dia dah kebah, aku pulak start demam hari selasa, malamnya.
Maka, last week, aku kerja 2 hari je..hihi
Masak pun on off on off je last week, banyak masak bubur.
So, kemalasan tu membawa ke minggu ni, tak masak arini. masing2 tapau je untuk lunch -.-"
Weekend aritu pun setakat buat breakfast je kot. haha.
Sabtu teman mak abah pergi kenduri dekat Kelab Golf (Selepas cancel pergi kenduri dekat perak...banjir)
Malam tu jalan2 segala, so makan luar je lah.
Ahad pun sama.
Memandangkan orang tu (jeling Nizam) dah dapat bonus, kemain dia menghasut nak tukar sport rim kereta aku. memang tak laaaa. aku taknak dengar mak bising2 nanti, membazir duit tukar benda2 ni. haha.
Nizam dah meroyan asyik la cakap nak beli ps (play station). dah usha2 segala.lepas tu konfius nak beli ps3 ke ps4... lantak la banggg...bonus dia. -.-"
Asalkan percent aku tak dilupa, gua takde hal. haha.
Semalam dah siap beli raket badminton ni. Semangat okeh. siap warning aku, setiap weekend kena pergi main, kalu tak rugi beli ni. -.-"
Aku nak tengok la, boleh ke setiap weekend tu. haha. kasut sport aku beli aritu pun masih elok dalam kotak lagi kot. :p
Khamis ni, cuti new year, Nizam kena kerja, ada stock take. Aku cuti. so, petang tu kita balik kampung kedah. Adik beradik Nizam ada planning buat bbq dekat Pantai Merdeka. Kemain tau Nizam happy bila abang dia ajak tu. dah lama tak balik kampung la katakan. huhu. Siap semangat nak pi memancing ni. -.-"
So, persoalan dia, bila aku nak gaji ni? Bonus aku tau la lambat lagi. Sobs....
xoxo
Labels:
marriedlife,
nizam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment