Monday, January 19, 2015
Susah.
Benda yang susah aku rasa, bila nak puaskan hati semua pihak.
Huhu.
Ni hati aku takde pulak orang nak ambil tau.
Yelah, kadang2 kita tak sedar, apa komen/ kata-kata/ pandangan kita tu dah kecilkan/sakitkan hati orang lain.
Nak2 manusia jenis kuat sentap macam aku ni. ;(
Takpelah, selagi boleh bertahan, aku bertahanlah.
Aku kan tabah orangnya (rolling eyes)
Setakat kena kutuk/ komen pedas2 ni apalah sangat nak dibandingkan dengan makian dari bos kannnn (rolling eyes again)
Till then.
Wednesday, January 14, 2015
Throwback Sangat.
Malam tadi tetibe tergerak nak bukak laptop. Dah lama rasanya tak bukak. Lagipun aritu bagi Ika pinjam.
Bukak2 je, ehhh, tetibe wallpaper dah bertukar. Keje budak ni la. (jeling Ika).
Pastu godek2 balik Album Nikah, Kenduri semua dengan Nizam. Hihi.
Part picture manja2 lentok2 peluk2 tu aku next lelaju. Pastu kena sakat dengan Nizam. -.-"
Pastu gelakkan masing2 kalau muka tak lawa. haha
Dulu kemain semangat tau nak buat entry pasal kahwin, saja, buat kenang2an. Hihi
Tapi memang takde laa..malas nak hadap laptop dah. Baik hadap Nizam. Eh.
Xoxo.
P/s: Nizam dah tahap bergaduh dah dengan OP belah dia. Sebab album, cd kahwin belah Kedah tak siap2 lagi. pfftt. Nak tunggu aku ada anak sorang baru siap gamaknya.
Labels:
nizam
Tuesday, January 13, 2015
Throwback 2014
- January 2014
Stress2 pasal nak renew insurance Betty. Allah je lah tahu betapa aku stress pasal insurance yang takde dalam sistem tu. Sampai pergi jpj dekat kkb segala. Ulang alik kkb berapa kali ntah. barulah settle ;'(
- February 2014
My Engagement Day. Yeayy. haha. Memang buat kecik je. hanya dihadiri oleh keluarga, saudara mara dekat dah family belah Nizam. Hantaran segala pun tak buat. sebab aku malas nak susah2kan diri. haha
- April 2014
Tough month. Customer complain. Big customer punya. Kena maki/bebel/marah dengan bos. ko bayangkan, tengah makan lunch ramai2 ni, bos maki kitorang sekali lalu. perghhhh. ko nak telan nasi pun tercekik tau. ceh.
- May 2014
Buat HIV test dekat klinik kesihatan rawang. Negative. Yeayy..dah boleh kahwin. haha
- July 2014
Busy. Busy. Busy
SIRIM audit, kursus, settle borang nikah sebelum puasa apa segala semua. fuhhh
- August 2014
Busy month again
Customer audit.
Attend wedding member2 dekat Pahang..dengan bagi kad kahwin. End up, berapa kerat je la budak2 ssc yang datang. Sedikit kecil hati. tak tipu. sobsss...
- September 2014
The busiest month of the year!
Awal bulan tu ada 2 hari Exibition dekat KLCC. Jaga booth.
2 hari la bangun awal, naik train, lrt segala ke klcc. Penat takyah cakap la. Zzzz.
2 hari la bangun awal, naik train, lrt segala ke klcc. Penat takyah cakap la. Zzzz.
Lepas tu prepare segala semua sebelum bercuti panjang. Cuti kahwin.
Sempat attend satu interview dekat rawang. haha. (Basically, dapat kerja tu, tapi aku tak ambil..sebab aku tak berapa berminat dengan offer yng dia bagi..haha)
Kenduri kahwin.
Balik kedah untuk kenduri belah lelaki.
Honeymoon dekat Cameroon Highland
- October 2014
Busy month again. Dengan Surveillance Audit, 2 hari. Stress kepala otak hadap auditor. huh.
Follow by customer audit hujung bulan tu.
Miscarriage. The saddest moment. I keep blame myself atas apa yang terjadi. Sedih sangat-sangat. Ingatkan nak bagi hadiah birthday yang paling best dekat Nizam. Unfortunately, takde rezeki. Sobs.
- November 2014
Genap 2 tahun bekerja di sini. Wahh...macam tak sangka kan. haha
- December.
Labels:
2014
Monday, January 12, 2015
3 Month
Tiba-tiba terpandang count ni.
Eh, dah nak masuk 4 bulan rupanya dah mendirikan rumah tangga (sampai sekarang masih rasa macam tak percaya je..haha)
Macam sekejap je rasanya kan.
Macam baru je stress2 pasal persiapan perkahwinan. haha.
Macam baru semalam kenal Shahrulnizam. macam baru semalam dia ajak kahwin. macam baru semalam je suruh dia terus datang rumah jumpa mak abah. macam baru semalam je bertunang. macam...macam...
(eh, over sangat ni Aini)
Berkenalan dengan Nizam tak sampai sebulan kot sebelum dia decide untuk ajak aku kahwin. ;)
And I just said, "datanglah rumah, jumpa mak abah"
Tup tap, 5 bulan lepas tu kitorang bertunang, 8 bulan lepas tu kitorang kahwin.
Plus minus, kira2 setahun je kenal, kitorang dah kahwin.
Sepatutnya, kitorang kahwin hujung tahun 2014 (ikut perbincangan masa tunang), tapi aku yang mintak cepatkan. Benda baik buat apa nak tangguh2 kan. Hihi (bukan gatal nak kahwin ye..)
Mungkin pada aku, benda ni simple.
I like you. u like me. I love u, u love me. Lets get married.
Haha. Senang je kan aku fikir. Buat apa nak susahkan benda senang.
Dan aku pun, memang taknak kawan lama2, mungkin sebab apa jadi in the past. Membazir masa bercinta segala, in the end, nothing. haha.
Lagipun, tak manis berkawan lama2 tanpa ikatan yang sah. (if u know what i mean)
Dan kalau duit yang menjadi sebab untuk melambatkan benda ni, well, pada aku senang, ikut kemampuan. Aku hanya buat majlis pernikahan simple. Majlis perkahwinan pun simple. Siapa datang kenduri aku taulah betapa simplenya. haha. Sebab pada aku, benda2 ni tak mustahak pun, kehidupan yang nak dilalui selepas kahwin tu lagi penting. So, aku tak rasa nak spend banyak duit untuk itu (aku kedekut dan memang takde duit banyak pun..haha). Yang penting pakai duit sendiri untuk kahwin. ;)
Dan Alhamdulillah, both of us banyak belajar benda baru tentang diri masing2, terima buruk baik masing2. Bergaduh manja2 tu biasalah. haha.
Doakan yang baik2 untuk kitorang k. ;)
Labels:
marriedlife,
nizam
Friday, January 9, 2015
Simple
Before this, aku memang pengguna produk Garnier. Lama jugak la dah pakai, since dari UTM lagi kot.
Then, last year, get to know that Garnier adalah salah satu penyumbang kepada Israel.
Of course, I should boycott this product.
So, aku masih guna segala toner, pencuci muka tu sampai habis dulu, baru beli baru.
So, decide nak tukar kepada produk Simple. Boleh dibeli di Guardian, Watson etc.
So, in the beginning, beli yang set kecil tu (trial set).
Ada Facial Toner, Light Moisturizer and Facial Wash Gel.(RM19.90)
Ok lah, sesuai je dengan kulit aku (kot?), tak ade ape2 pertumbuhan jerawat ke, rashes ke. And bila cuci muka, rasa lembut je kulit. Product ni serius takde tambah ape2 fragrance, sebab kalu bau, memang takde bau ape. Which is good la, takde tambah chemical
Then, start beli,
Beli facial wash biasa, bukan gel. Sebab yang gel tu kurang berbuih sikit la. So, aku tends to pakai banyak2. hihi
Facial Toner.
Lagi satu aku beli scrub. Tapi tak jumpa la pulak picture dia. huhu
Unfortunately, tiba2 perasan ada macam rashes, merah2 naik dekat pipi. Aku syak maybe scrub tu kuat sangat kot. So, aku stop pakai yang itu.
Then, balik kampung Kedah hari tu, kan mandi air panas kat Ulu Legong.
Balik tu, memang horror gila kulit muka aku!
Naik bintik2 banyak kat dahi. Merah2 dekat pipi tu makin teruk. Naik jerawat segala kat pipi, dagu.
Huwaaaaaaaaaa.
Stress gila time tu. Terus monyok je. haha.
(Yelah...kulit aku tak pernah problem teruk kalu bab2 jerawat ni. Blackhead, tona tak sekata, eyebag tu banyak aa..huhu)
So, Nizam memang suruh aku stop pakai la, suruh stick balik ke yang lama.
Of course aku taknak. -.-'
So, I get something to cure all that.
Spot Zapper
Bubuh la sebelum tido dekat merah2 , bintik2 tu segala. And yeayyy...bintik2 tu semakin hilang dan merah2 tu pun dah kurang sekarang. ;D
Lepas ni aim nak beli ni pulak.
Revitalising Eye Roll-On. Sesuai sangat untuk mata panda aku. Hewhew
So, kesimpulannya,
- aku nak stick guna product ni
- Taknak mandi dekat kolam air panas lagi (haha)
- Kalau kaya, boleh la pakai SK-II, kalaulah kannn ;p
Xoxo
Wednesday, January 7, 2015
Saman. Renew Roadtax Insuran
Saman ni dah lama sebenarnya.
6 Feb tahun lepas. Ingat sangat sebab hari tu birthday diri sendiri. Cis betul
Saman speeding dekat selayang. (baru balik hoyeh2 main bowling, tengok wayang semua selepas ponteng kerja..haha)
Kena settle jugak la, sebab 15hb ni roadtax mati.
Siapa lagi nak pi settlekan, mestilah hero aku kann. Hihihi.
Pungpang2 dapatlah kurang daripada rm300 tu.
Okeh, bolehlah settlekan insuran then buat roadtax Betty.
Melayang la duit bulan ni. Sobs.
Ada lagi satu saman, dengan DBKL, saman parking.
Ni masa nak buat kad kahwin dekat Jalan Pudu dulu tu.
Hari tu tengok baru rm50 kot. Pastu duk tangguh2 nak bayar, padahal boleh bayar online je. -.-"
Tadi tengok balik, dah naik RM100.
$%^&*#@ sungguh la.
Padan muka dekat diri sendiri la camni. Huh
P/s: Berdoalah dapat bonus best2 hujung bulan ni. Huhu
P/s: Nak cari alasanlah, untuk cuti 6hb Feb nanti. Cantik dah tu, hari jumaat. bolehlah pi honeymoon lagi. haha
Subscribe to:
Comments (Atom)





















