Monday, January 12, 2015

3 Month




Tiba-tiba terpandang count ni.
Eh, dah nak masuk 4 bulan rupanya dah mendirikan rumah tangga (sampai sekarang masih rasa macam tak percaya je..haha)







Macam sekejap je rasanya kan.
Macam baru je stress2 pasal persiapan perkahwinan. haha.

Macam baru semalam kenal Shahrulnizam. macam baru semalam dia ajak kahwin. macam baru semalam je suruh dia terus datang rumah jumpa mak abah. macam baru semalam je bertunang. macam...macam...

(eh, over sangat ni Aini)

Berkenalan dengan Nizam tak sampai sebulan kot sebelum dia decide untuk ajak aku kahwin. ;)
And I just said, "datanglah rumah, jumpa mak abah"
Tup tap, 5 bulan lepas tu kitorang bertunang, 8 bulan lepas tu kitorang kahwin.
Plus minus, kira2 setahun je kenal, kitorang dah kahwin.

Sepatutnya, kitorang kahwin hujung tahun 2014 (ikut perbincangan masa tunang), tapi aku yang mintak cepatkan. Benda baik buat apa nak tangguh2 kan. Hihi (bukan gatal nak kahwin ye..)

Mungkin pada aku, benda ni simple.

 I like you. u like me. I love u, u love me. Lets get married.

Haha. Senang je kan aku fikir. Buat apa nak susahkan benda senang.
Dan aku pun, memang taknak kawan lama2, mungkin sebab apa jadi in the past. Membazir masa bercinta segala, in the end, nothing. haha.
Lagipun, tak manis berkawan lama2 tanpa ikatan yang sah. (if u know what i mean)

Dan kalau duit yang menjadi sebab untuk melambatkan benda ni, well, pada aku senang, ikut kemampuan. Aku hanya buat majlis pernikahan simple. Majlis perkahwinan pun simple. Siapa datang kenduri aku taulah betapa simplenya. haha. Sebab pada aku, benda2 ni tak mustahak pun, kehidupan yang nak dilalui selepas kahwin tu lagi penting. So, aku tak rasa nak spend banyak duit untuk itu (aku kedekut dan memang takde duit banyak pun..haha). Yang penting pakai duit sendiri untuk kahwin. ;)


Dan Alhamdulillah, both of us banyak belajar benda baru tentang diri masing2, terima buruk baik masing2. Bergaduh manja2 tu biasalah. haha.


Doakan yang baik2 untuk kitorang k. ;)