Wednesday, December 31, 2014

Hari Terakhir 2014 dan Azam 2015



Hari terakhir untuk tahun 2014.

Hari terakhir berkerja sebelum cuti panjang(lah sangat..hihi).
Ambil cuti untuk jumaat dan isnin. Balik kampung kedah.
Actually, aku je lah yang ambil cuti, Nizam memang sah2 cuti. (kenapa ketidakadilan ini berlaku..sobs) haha

Bercakap pasal azam baru ni (klise sangat kan),

1) Nak dapat anak.

Hihihi (gelak gedik). Aku rasa dah cukup bersedia dah untuk menimang cahaya mata ni. Yakin2. Next month nak pindah rumah, (tu payah sikit) sebab tak confirm tarikh, tuan rumah tak sambung api air lagi. Settle je, pindah la kitorang. Senang sikit kot. Rumah bawah kan. Ce kalu aku pregnant, takdelah tak larat nak bawak perut khennnn...haha

2) Nak jadi isteri yang baik

Aku kena banyak belajar lagi. Lebih2 lagi belajar bersabar. haha. Kena kurangkan membebel, meroyan segala apa semua. Thank God, Nizam adalah manusia yang penyabar, Ce bayangkan kalau dua2 api, mau terbakar rumahtangga aku. haha.

Aku sikit2 nanti membebel. Nizam dia seboleh2 takkan buat apa kerja, sebab takut apa dia buat tu salah (salah di mata aku yang cerewet ni la). Nanti aku membebel. haha. Aku kena bagitau dia apa nak buat, nanti dia buatlah. Tapi kalau bab tolong basuh pinggan mangkuk, takyah disuruh la kan. Kalau aku tak sihat rajin je dia tolong. hihi

3) Nak dapat kerja baru.

Oklah, ni azam dari tahun lepas rasanya. Masih tak terlaksana. Sighhh. Bukan tak suka kerja dekat sini, timing, gaji, bonus, semua dah ok. Tapi workload, safety,management ni tak berapa nak berkenan la. Tu stress memanjang tu. Huhu.

Tapi tahun ni memang stress la, kau bayangkanla , aku sorang nak handle segala semua test. Tu tak termasuk test untuk kilang depan. Kemain, aku request nak assistant, tak dapat assistant pun, ambil la qc untuk kilang depan tu. Manalah cukup tangan nak handle semua. Lagi2 pasal nak dapat SIRIM tu. huh.

Selagi tak dapat kerja baru, memang bertahan di sinilah. Banyak tanggungjawab, so, tak boleh la nak bla macam tu saja. huhu.

4) Nak masak selalu untuk Nizam.

Since sakit haritu, aku masak memang ke laut la. On off, on off. Ni semalam aku demam balik. Tapi tak teruk sangat la. So, tak masak semalam dengan pagi tadi. Eh, tak teruk tu, tido awal jugak la malam tadi masing2. Transfer sikit panas badan aku, bagi dekat Nizam..haha (ok...tak kelakar)

Nak belajar masak menu2 baru. Nak start baking2. Ni kalau dah ada ovenlah kannn. Nak kena beli mixer lagi. Nizam duk suruh tunggu, nanti dia boleh dapat oven, hadiah 10 tahun berkerja nanti. Gila bertahan kauuu kerja tempat sama 10 tahun. haha


Cukup la kot azam tahun baru ni kan.
Till then~~


  • Nah, picture latest Chirah dan mak udanya sabtu haritu. Kemain happy orang bawak pi kenduri kahwin. Gagal la aku nak jaga dia and bagi makan nasi. haha. Time beratur nak ambil makanan ok lagi, sampai hujung meja buffet, dia nampak buah tembikai je, terus ligat nak capai. Huuuuuu.... Then, makan pisang pulak. -.-"

Ligat pulak nak turun dari dukungan aku masa tengah makan. Kasut dia pulak takde, tinggal dekat rumah Nek Ma dia. 
Malam tu pergi JJ terus aku belikan kasut baru. Kemain mahal oii kasut budak. Aku pun pakai kasut RM10 je kot. Sobs.
(eh, pipi aku cengkung kan..hukhuk)



Tuesday, December 30, 2014

Planning berterabur


hoh.

Planningnya, aku ambil cuti jumaat ni dengan isnin depan, balik kedah.
Lagipun Nizam memang cuti isnin depan. Company dia kann 'baik hati', bagi cuti untuk parents bawak anak2 first day sekolah.

Tuptap, sesi persekolahan ditunda seminggu.

Me: Ni,,sekolah tunda seminggu..cuti B pun tak jadi la kan isnin ni..kite dah apply cuti ni

Him: jadi ..dah ada dalam kalendar

Me: Apasal pulak jadi jugak..bukan nak pi antar budak sekolah punnn

Yakin je dia tau cuti tu jadi je. Ketegaq.

Pagi tadi Whatsapp aku

"B dok dengar cuti tu macam kena tunda laa"

Seee...i told uuuuu

-.-"

P/s: Tapi rasakanya kena jugak la cuti isnin tu. kalau balik dari kampung ahad, isnin tu bolehlah settle pi bayar saman dekat selayang, renew insurance, road tax Betty tu. Mana nak korek duit ni habaq mai...

Monday, December 29, 2014

Last week....


Huhu.

Last week sangat serabut aku rasa. ;(
Start dengan Nizam demam ahad, lepas tu dia dah kebah, aku pulak start demam hari selasa, malamnya.
Maka, last week, aku kerja 2 hari je..hihi
Masak pun on off on off je last week, banyak masak bubur.

So, kemalasan tu membawa ke minggu ni, tak masak arini. masing2 tapau je untuk lunch -.-"
Weekend aritu pun setakat buat breakfast je kot. haha.
Sabtu teman mak abah pergi kenduri dekat Kelab Golf (Selepas cancel pergi kenduri dekat perak...banjir)
Malam tu jalan2 segala, so makan luar je lah.
Ahad pun sama.

Memandangkan orang tu (jeling Nizam) dah dapat bonus, kemain dia menghasut nak tukar sport rim kereta aku. memang tak laaaa. aku taknak dengar mak bising2 nanti, membazir duit tukar benda2 ni. haha.

Nizam dah meroyan asyik la cakap nak beli ps (play station). dah usha2 segala.lepas tu konfius nak beli ps3 ke ps4... lantak la banggg...bonus dia. -.-"
Asalkan percent aku tak dilupa, gua takde hal. haha.

Semalam dah siap beli raket badminton ni. Semangat okeh. siap warning aku, setiap weekend kena pergi main, kalu tak rugi beli ni. -.-"
Aku nak tengok la, boleh ke setiap weekend tu. haha. kasut sport aku beli aritu pun masih elok dalam kotak lagi kot. :p

Khamis ni, cuti new year, Nizam kena kerja, ada stock take. Aku cuti. so, petang tu kita balik kampung kedah. Adik beradik Nizam ada planning buat bbq dekat Pantai Merdeka. Kemain tau Nizam happy bila abang dia ajak tu. dah lama tak balik kampung la katakan. huhu. Siap semangat nak pi memancing ni. -.-"

So, persoalan dia, bila aku nak gaji ni? Bonus aku tau la lambat lagi. Sobs....


xoxo

Thursday, December 18, 2014

Masak-masak


Semenjak2 dah berkahwin ni..rajin sungguh belek buku resipi, google resipi2.

hihi

(serius..masih macam tak percaya yang aku dah jadi wife orang..haha)

Buku resipi yang paling terbaik untuk orang macam aku (yang jarang dah noob bab masak2 ni)


Ni yang version lama kot. yang aku punya cetakan ke berapa ntah. laku gila kot buku ni.
Officemate aku hadiahkan masa kahwin aritu. ;)
Tapi kan..somehow aku ade jumpa jugak la flaws dalam buku ni..biasa la tu..
Ikut2 jugak la resipi dia, then ubah sikit sana sini.

Aku dengan Nizam suka la awal2 kahwin dulu. belek2 buku ni pilih nak masak apa. 
lepas tu masak sesama... syok oo.. masak sama2 dengan husband. haha.
Tapi Nizam jenis bos2 tau kalau kat dapur. 
masak2, lepas tu nanti

" sayang..amikkan pinggan"
"nak senduk"
"tolong amikkan bla3...."

-.-"  perangaiiii

Kalau tengah siang2 and bersihkan udang, ayam sotong segala

"sayang..nak tepung"
"nak plastik.."
"tolong garu kat belakang...gatal la.."

haha...yang last tu tak boleh bla..

Btw, part bersihkan ayam, sotong, udang segala memang aku tolak kat Nizam. haha. Aku rajin siang ikan je. yang lain tak suka.. hihi

(nasib baiklah Nizam jenis tak kisah nak ke dapur tolong isteri...tu memang aku kagum dan bersyukur sangat2..lagipun both of us kerja kan, Eh, aku kagum jugak dengan diri sendiri, mampu bangun awal, masak untuk bekal lunch kitorang everyday..haha)


Tapi sekarang kalau nak masak sama2, tunggu weekend je laa. pastu ambil kerja masing2. 
Macam aku amik part buat nasi tomato, dia akan buat ayam masak merah.
Nanti aku kat dapur, masak nasi, dia akan duduk depan main game la..tengok tv la,
 bila aku siap nanti baru dia start masak.
Tapi nanti aku mesti ada nak kena tolong basuh2kan apa semua. cis. haha
Lepas tu nanti makan sama2 depan tv sambil tengok cd. 
(bagus, sama perangai dengan aku, makan sambil tengok tv..haha)

Semenjak dah kahwin ni, memang aku sangat prefer weekend duduk rumah je. 
Sebab nanti boleh masak sama2, tengok cd, rileks2. tak larat la nak berlaga bahu kat shopping mall lagi dah. letih. huhu
Paling2 pun biasanya hari jumaat, malam lepas maghrib keluar, beli barang, jalan2, tengok midnight movie. cukuplah.

Aritu ada la keluar sabtu, pergi mid valley, siap drive ha. then, meyesal gila2 kauuu. dah la ramai orang semua, jem, rasa nak balik, tido je tau. haha. menyesal. tobatlah nak drive masuk kl lagi dah.


P/s: Berat aku dah nak 45kg balik. yeayyy. while perut Nizam makin mok. hahaha. 

P/s: Segala hadiah kahwin, tupperware, periuk, kuali, set non stick pan, set pinggan mangkuk, set gelas adalah sangat2 berguna. terima kasih kepada yang sudi memberi ;)

Tuesday, December 16, 2014

Miserable.


I hate my job.

seriously hate it.

I just want to get away from all this.

*crying*

Tuesday, December 9, 2014

Kejamnya manusia :'(

Tadi scroll2 timeline facebook.
Ternampak gambar orang buang baby dalam longkang.

Buang baby dalam longkang.

Ya Allah...kenapalah kejam sangat manusia ni.

Apa la perasaan dia semasa dia buang baby tu.

(crying...)

Orang lain kemain susah nak berusaha dapat baby. Ni kau, bila dapat pi buang.
Tak de hati perut ke.?
Takde rasa perikemanusiaan ke?
Takde rasa kasihan ke dekat baby tu?

Sobsss.....

Friday, December 5, 2014

Dulu vs Sekarang


Masa hidup single dengan parents.
Sangatlah tak berdikari ye. balik2 kerja taunya amik pinggan, bukak rice cooker, bukan tudung saji, makann. hihi.
Weekdays, bangun2, mandi, solat terus zass pergi kerja. 
Weekend terbongkng tidor, pastu bangun lambat.
Hidup rileks2 takde pikir apa kecuali kerja family.

Hidup sekarang.
Married.
Sekarang lain ok. 
Bangun awal, siap masak, untuk breakfast and bekal lunch ke opis.
Hidang breakfast, siapkan bekal. salam, cium tangan, hantar Nizam pergi kerja kat depan pintu. Then, barulah aku siap untuk pergi kerja. (Nizam pi kerja pukul 7am, aku pukul 8am)
Weekend, masak breakfast, lunch + dinner sama2. Pergi NSK beli barang dapur (omg..tak sangka kan..haha). tak pun pi jalan2..dapur cuti la..hihi

Nampak macam besar kan tanggungjawab tu. Yes, memang besar. Tapi aku happy :')

Ada orang imamkan solat almost everyday (minggu Nizam kerja malam jarang2 dapat..wuwu)
Ada orang puji masakan aku, (even tak berapa sedap pun..haha)
Ada orang yang susah senang sama2 dengan aku.
did I say ada orang temankan aku tido malam2.. ? (haha)
Ada orang yang jaga bila sakit. huhu. Jaga tu merangkumi paksa ke klinik, masakkan, hidang makan, basuh pinggang, kemas rumah sambil wife dia ni terbaring dekat depan tv. (terharu sangat time ni..huhu)


The priceless moment bila tengok muka Nizam tengah makan dengan berselera sambil puji masakan aku sedap. 
The moment yang ko tak boleh beli dekat mana2lah. hihi.

We are still adapting to our new life.
Belajar benda baru pasal diri masing2.
Terima buruk baik pasangan.
Biasalah, mana ada benda yang terus senang awal2 kan..


InsyAllah menerima kehadiran ahli baru dalam family in the future.
Doa2kanlah ye. ;')


Test

Testing2

Tetiba rasa dengan status aku sekarang (wife), I should be more polite (poyo) dan delete semua post2 lama yang tidak memberi kebaikan kepada siapa2 tu. Huhu.

So,

Hi.

:')