(ENTRY INI ADA DALAM DRAFT SEJAK NOV 2015. HAHA. MIGHT AS WELL PUBLISH THE POST KAN. ) #jangankecamsaya
(Malu pulak nak buat entry macam orang dah kahwin ni..haha. Tapi takpe, untuk rujukan diri sendiri in the future. :)
Setiap orang yang dah berkahwin mesti akan ada keinginan untuk menimang cahaya mata. Mungkin pada awal perkahwinan, belum bersedia untuk ke arah itu (merujuk pada diri sendiri). But trust me, lepas dah kahwin ni, banyak sangat perubahan dalam diri. Tengok anak orang lain comel2 gebu2 semua ni, kompem keinginan untuk ada anak sendiri akan timbul. Trust me.
Samalah macam aku. Serius, baru2 kahwin, ada bincangkan pasal ini. Aku cakap, tak bersedia untuk ada anak lagi. Dan2, nak planning awal2 tu. Haha. Guna kaedah tradisional (ehmm..u know what i mean). And I said, give me 6 month to get ready.
Tapi..apakan daya... (haha), bila tengok baby..anak orang, lagi2 family terdekat punya newborn baby...i fall in love. Comelnyaaa....bestnya ada baby (except baby nangis tengah malam..haha). Especially, anak menakan, Kakak punya baby boy. Serius comel gila..dah la behave sangat.. ;)
So, in the end of last year, kitorang dah start planning to have a baby.!!! (yeayy)
But then, barulah sedar, rupanya banyak yang kena belajar, tahu, sebelum planning ni. Huhu.
1) Minum Susu.
Yes. Susu provide banyak nutrien, asid folik yang diperlukan untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Anmum Materna, EnfaMama, FrisoMum, DumilMama, MamilMama, S26-Mama etc2. Banyak pilihan ada sekarang.
(As for me, aku just ambil Anmum Materna, 2scoop pagi sahaja dah Anlene Coklat malam. Tu pun berat aku naik 2kg kot masa awal2 start . Seram kan. Haha. Tapi selalu skip2 jugak la, especially weekend. )
2) Start ambil Folic Acid
Folic asid sangat penting untuk melindungi bayi dalam kandungan dari kecacatan, untuk perkembangan otak, tulang, bla3. Disarankan untuk emngambil folic acid, 2 bulan sebelum merancang untuk pregnant.
Yelah, biasanya, dah few weeks pregnant, baru sedar kan..barulah nak start makan folic acid semua.
Dos yang dicadangkan 400mcg/hari.
(As for me, tulah..baru nak terhegeh2 consume folic acid kan. Beli dekat farmasi 5mg. Banyak kan..Tapi aku makan je sebiji sehari. Sebab kalau terlebih tu, dia akan keluar melalui perkumuhan (water soluble). Tak pun, aku ada baca suggestion untuk pecahkan sebiji pil tu kepada 4 bahagian ke. Ikutlah. )
3) Kurangkan makanan tidak sihat.
Okkk...yang ni susah. Haha.
(As for me, aku stop minum air bergas, coke, mountain dew semua tu T__T.
Nenas, hati ayam pun Nizam tak bagi makan dah.)
4) Mengetahui waktu subur.
Yang ni memang kena study sikitlah. Bila waktu period, waktu subur, ovulation day, bila hari pregnancy chance high.
Downloadlah App, My Calendar dekat hp tu. Sangat2 mudah, hanya masukkan hari period, dan automatically dia akan kirakan semua tu. It can tell u about all yang aku mention di atas and also boleh letak notes simptoms PMS, berat, suhu badan, intercourse, etc2.
Ni contoh, bukan aku punya. Haha. Bahaya tengok aku punya. Haha.
5) Bersama
Dan bila dah tahu hari apa yang pregnancy chance is high (waktu subur), maka "berusahalah" (haha).
Ada few tips la yang aku baca2, macam
- Posisi ehm2 kena betul.. ada few posisi yang akan lebih memudahkan sperma berenang ke ovum. (dahh..pi belajaq sendiri . Haha)
- lepas bersama tu, jangan terus bangun, lapik bawah punggung dengan bantal supaya bagi tinggi.
6) Berdoa.
Selepas, dah berusaha, maka berdoalah kepadaNya. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Dia. :)
