Monday, April 25, 2016

Wardah Sofiya - Solid Food Journey

Assalamualaikum.

Harini Wardah dah genap 5 bulan, 2 minggu 5 hari ;)
Sebelum memulakan cerita ni, aku rasa kena letak #jangankecamsaya . haha.

Semasa pregnant, aku rasa aku akan jadi strict mummy (dulu kan bahasakan diri mummy dekat baby dalam perut, but under certain circumstances, aku tukar kepada ummi). Aku bertekad nak fully BF (Breast feeding) baby nanti. Taknak bagi FM (Formula Milk), Nak betul2 start solid food pada baby bila baby dah 6 bulan. Lagi2 la bila join bfmembers dekat group Facebook. Semangat jadi membara, berkobar-kobar ni. Haha Siap dah beli doube electric breast pump lagi ni ha, dengan segala aksesori (cooler bag, ice pack, milk storage bag, bottles, etc2)

Unfortunately.., kita hanya merancang ;'(

Semasa dalam pantang, serius aku stress pasal BF. Dengan bengkak susu (tak teruk sampai demam la). Kalau tertidur lebih 4 jam je, bangun2 mesti breast bengkak gila. haha. Susu aku boleh tahan la, tak banyak gila, tapi cukup untuk keperluan Wardah . Alhamdulillah. Tapi aku jadi stress actually. Huhu.

Then, bila difikirkan balik, aku rasa tak mampu nak bagi commitment untuk pam2 susu especially dekat tempat kerja. Kerja aku memang serius busy. (sekarang pun aku ambil masa 10min untuk pam pun orang mencari tau..haha)

So, selepas pantang, aku dah start bagi sikit2 FM, just nak biasakan Wardah. Nasib baik laaa Wardah sangat tak memilih. Minum je. tapi 3 kali jugak la tukar susu dari Dugro - Anmum - Dutch Baby. Barulah serasi. (serasi tu maksud poo2 ok, sehari sekali.)

Dan bila Wardah dah masuk 5 bulan ni, dia dah nampak eager dan ready sangat nak makan. Wardah sekarang memang Mak Abah aku jaga (Mak willing nak jaga, cucu kan. Aku rasa a bit bersalah actually nak susahkan mak abah aku. Huhu) So, being other Opah yang tak sampai hati tengok cucu dia dok pandang je orang makan, Mak kadang2 suapkan Wardah sikit2. Aku dilema. @.@

Memangla WHO recommendation to start on solid food til 6 month. Tapi I did some reading (read: searching in Google) haha.



Checklist #1 : She can hold her head up herself. Her neck control is up to par for a 5 and a half month old baby. 

Lulus. Aku rasa masuk 4 bulan dah boleh dukung dia betul2 dah sebab leher dah kuat.

Checklist #2 : She can sit well when supported. That means her back bone is getting stronger. Not all baby can sit on their own at this age but as long as she can sit with support, that will do. Baby has to be in upright position to allow them to take the food

Lulus. Boleh duduk sambil bersandar dekat aku kalau tengah tengok TV. Tapi time meligat..haa, nak kedepan2 je -.-"

Checklist #3 : Good weight gain. Yes! In general, baby has to double up their birth weight by the age of 6 month

Lulus cemerlang! Haha. Berat lahir Wardah, 3.09kg. Kalau double, around 6 kg la kan. Tapi Wardah 5 bulan dah 8 kg kauuu. Tu belum 6 bulan lagi.

Checklist #4 : Knows how to chew!

Lulus cemerlang with flying colours! Kalau tengok orang tengan makan, mulut dia dok chew2 macam makan jugak. haha. kesian sangat tau T_T

Checklist #5 : Shows an interest in food. Curiosity on what you're eating.

Lulus sesangat. Kalau tengah seting2 nak makan, dia yang excited. bulat mata tengok orang makan. Sampai kalau nak makan coklat, kerepek, kena sorok2 jangan makan depan dia. Haha! kalau kita mengunyah depan dia, nanti dia pandangggg je tau. -.-"

So, dengan rasa sedikit was2 dan excited, aku memulakan solid food dengan Puree apple untuk Wardah. Simple je, stim sampai lembut, campur air atau EMB (Express Breast Milk) , blend sampai halus. Tadaa siap.

Tapi memandangkan aku adalah working mum, aku akan buat frozen sesiap. Contoh purikan 2 biji apple, frozenkan dalam ice tray. Malam tu, siap2 turunkan dalam chiller untuk makan esoknya.

Aku tak ikut sangat la 4 days rule tu.
Hari tu start dengan apple puree for 5 days monday - friday. (Wardah excited sangat makan sampai mengamuk kalau lambat suap. Bertuah punya anak) -.-"

Then, saturday tu buat pear puree. Sampai rabu kot. (kurang excited sebab pear tu macam tawar sikit kan)

Khamis buat carrot puree tapi Wardah tak suka (salah aku jugak kot, tak stim sampai betul2 masak carrot tu..rasa tak sedap. endingnya, buang gitu je frozen carrot puree yang aku buat. sobs)

Jumaat tu buat mango puree. (masam sikit sampai kerut2 muka Wardah makan. haha!)

Sabtu tu campur mangga + pear. Rasa ok sikit.

Ahad (malam tadi) buat pumpkin puree.

Tadi hantar dekat mak 2 bekas untuk 2x makan. satu pumpkin, satu lagi mango+pear.
Mak whatsapp tadi kata Wardah makan mango+pear tu sedap sangat je sampai tak cukup. Haha!


Acknowledgement

1) https://barelysupermommy.com/2012/01/06/introducing-solid-food-to-our-little-b/

2) http://raisingchildren.net.au/articles/when_to_introduce_solids.html

3) http://www.babycenter.com/0_introducing-solids_113.bc?showAll=true

4) http://www.parenting.com/article/new-baby-food-rules

And many other articles.


Regards,

Ummi WardahSofiya